BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 6 April 2012

BERSAHABAT DI DUNIA,BERGANDINGAN DI SYURGA...=)

That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI


Sahabat yang soleh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yang soleh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa



Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran

Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara



Sahabat yang soleh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan

Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yang soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan



Sahabat yang soleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi
InsyaAllah

Sahabat yang soleh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri

Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."

(Riwayat Muslim)

SAYANG SEMUA KAWAN2 SAYA.....I LOVE U ALL SO MUCH...

=D

SIAPA KITA & KITA SIAPA?



Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum ..
Amiin Ya Rabbal'alamin

Allah Taala berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah, 2: 153)
Kita siapa?
Siapa kita?
Kita bukan sesiapa.
Kita hamba berdosa.

Hanya yang tidak pernah khilaf & tidak pernah sesekali melakukan dosa ada kelayakan untuk mengukur tahap keimanan seseorang.

Siapa?
Hanya Allah =)

Jika kau merasa besar,
periksa hatimu kerana mungkin ia sedang bengkak.
Jika kau merasa suci,
periksa jiwamu kerana mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.
Jika kau merasa tinggi,
periksa batinmu kerana mungkin ia sedang melayang kehilangan pijakan.
Jika kau merasa wangi,
periksa ikhlasmu kerana mungkin itu asap dari amal solehmu yang hangus dibakar riya'.

Hidayah hanya dari Allah & bukan dari kita.
Jangan benci orangnya, tapi bencilah dosa yang dilakukannya.
Kelak, dia mungkin bertaubat & jadi lebih baik dari kita.
Jangan sesekali memperkotak-katikkan 'Hijrah' seseorang.
Sucikah kita dari dedebu dosa?
Sekali lagi. Kita Siapa & Siapa Kita?
Siapa tahu taubatnya diterima Allah pada 1/3 malam terakhir =)

Tidak semestinya orang yang berubah ni baik & soleh?
Tetapi kann,
orang yang baik & soleh tentunya akan berusaha untuk berubah ke arah jalan-jalan, lorong-lorong & highway yang diredhai Ilahi!
Jangan pernah sesekali perkecilkan kebaikan yang dilakukan seseorang. Tak baik tauu. Allah marah =)

"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, 
walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria & senyuman)."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Jika kau merasa lelah & sesak atas desakan dunia,
cari kekuatan didalam doa & sujud kepada Pencipta-Mu.
Jangan gusar,
walau sekecil-kecil hijrah yang kau langkahkan,
siapa tahu Allah telah meninggikan darjatmu dari mereka yang lain.
Tiada siapa tahu & hanya Allah yang tahu.
Allah tidak pernah membelakangi kita dalam urusan-Nya & tetapi kita yang sering membelakangi-Nya dalam urusan seharian kita..
Aku insan biasa yang berdosa,
kalau-kalau ternampak aku berbuat dosa,
jangan aku dihina & dikeji,
kerana aku memang hamba biasa yang berdosa.
Ingatkan aku,
Tunjukkan aku,
bila aku terlupa,
kerana aku,
Insan Biasa Yang Berdosa..
Allah Taala berfirman:
"..Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun yang menjadi pemberi petunjuk baginya. Dan barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?"
(Az-Zumar, 39: 36-37)
Allah milik segalanya....